TENTANG KAMI

“DELIVERING CUSTOMERS’ EXPECTATION”

LATAR BELAKANG SYARIKAT


MERONG FREIGHT SDN BHD dahulu dikenali sebagai MERONG RESOURCES telah ditubuhkan pada tahun 2011
untuk memenuhi permintaan pembangunan infrastruktur di Malaysia. 100% syarikat bumiputra milik ini telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada bulan Oktober 2012.

Bermula dengan inisiatif dan semangat untuk bergelar usahawan wanita yang berjaya, berbekalkan pengalaman sewaktu berkhidmat dengan sebuah syarikat konglomerat penghantaran fret antarabangsa yang terkenal, maka lahirlah MERONG RESOURCES yang terus berkembang dan berdaya saing dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang cukup kompetitif. Building_NEW

MERONG RESOURCES bukan sahaja mampu memenuhi kepuasan pelanggan malah mempunyai rangkaian sokongan rakan ejen dari serata dunia yang telah mengukuhkan lagi rangkaian penghantaran udara dan laut khususnya bagi perkhidmatan “removal”. Jalinan strategik perniagaan antarabangsa dengan rangkaian ejen syarikat seperti di London, Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun dan juga Negara dari Timur Tengah adalah salah satu faktor pilihan pelanggan.

Dibawah kendalian Lembaga Pengarah yang berpengalaman luas lebih dari 20 tahun di dalam bidang pengangkutan, penghantaran, perpindahan, dan pemasaran telah membawa MERONG RESOURCES untuk menjadi lebih berdaya saing dan kompetitif seterusnya mendapat tempat di dalam industri logistik.

Disamping memberi khidmat pengurusan perpindahan, Pengarah Syarikat bergiat aktif memberi perkhidmatan konsultasi dan rundingan projek. Antara rundingan projek yang pernah dikendalikan adalah seperti membawa masuk mesin “rotor” untuk TNB dan juga penghantaran ubat-ubatan untuk jemaah haji ke Mekah bagi pihak Lembaga tabung Haji Malaysia.

Selain itu, Pengarah Syarikat juga komited dalam menyediakan perkhidmatan sokongan konsultasi kepada sektor perniagaan dan pemasaran lain seperi industri peruncitan kosmetik. Dengan pengenalan pelbagai kaedah pemasaran dan jualan strategik, Syarikat dibawah konsultasi Pengarahnya telah menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 30% semenjak tahun 2011, dan trend ini dijangka akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

VISI

BEING INNOVATIVE “BUMIPUTRA” LOGISTIC COMPANY BY 2020

MISI

  • CREATING VALUE WITH CLIENTS
  • EMPLOY TALENTS AND DEPLOY EXPERIENCES
  • SYNERGETIC PARTNERSHIP WORLDWIDE