LEMBAGA PENGARAH

NORAZLINA BINTI NAJMUDDIN

Pengarah Urusan & “Co-Founder”

CLICK TO VIEW PROFILE

NORAZLINA NAJMUDDIN sebagai Pengarah Urusan yang berkelayakan Chartered Marketer dari The Chartered Institute of Marketing di United Kingdom dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pelbagai bidang antaranya perbankan, kejuruteraan elektrik, logistik dan juga peruncitan. Beliau juga berpengetahuan dalam bidang NLP (Neuro Linguistic Programming).

Selain memberi fokus kepada sasaran jualan, beliau juga bertanggungjawab dalam memantau kos dimana telah mengetuai “Task Force” dalam penstrukturan semula sistem pngurusan kargo menggunakan formula 70% “co-eficiencies” yang telah memberi penjimatan kos sebanyak 50%. Semasa bertugas di syarikat logistik selama 6 tahun, beliau telah diberi kepercayaan untuk menubuhkan sebuah anak syarikat di London dimana tugas beliau lebih kepada memperkenalkan perkhidmatan penghantaran kepada syarikat dan agensi kerajaan yg berada di sana.

ZARINA BINTI ABU BAKAR

Pengarah Eksekutif & “Co-Founder”

CLICK TO VIEW PROFILE

ZARINA ABU BAKAR mempunyai pengalaman dalam industri logistik selama lebih 20 tahun. Beliau bertindak sebagai Pengarah Eksekutif yang menumpukan kepada Pengarah Operasi dan Pembangunan Perniagaan serta berkelayakan Master in Business Administration (MBA) pengkhususan dalam “Supply Chain Management” dari Asia E University. Beliau amat mementingkan kepuasan pelanggan. Pencapaian utama beliau semasa bertugas adalah penanugerahan daripada Tenaga Nasional Berhad sebagai “Pembekal Terbaik Perkhidmatan Korporat – Malaysia” dan “Pencapaian Tertinggi KPI – Transporter” untuk kualiti dan prestasi berdedikasi.